ULASAN BUKU: Learning Through Blog Writing
ULASAN BUKU: Learning Through Blog Writing
Bismillahirahmanirahim,,, hari ini nak buat review pasal buku ilmiah yang bertajuk Learning Through Blog Writing. Buku ini adalah hasil karya pensyarah aku sendiri iaitu Prof. Madya Dr. NOrmaliza bt. Abd. Rahim. Nak hadam buku ni bukan mudah sebenarnya sebab ditulis dalam bahasa inggeris, so, taknak melalut panjang-panjang, here we go...
Tajuk buku: Learning Through Blog Writing
Pengarang: Prof. Madya Dr. Normaliza Abd. Rahim
Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Secara amnya, buku ini banyak menceritakan tentang blog. Bagaimana prosems pembuatan sesebuah blog dari peringkat awal hinggalah kepada proses yang rumit. Dalam bab 1 buku ini banyak menceritakan bagaimana proses untuk membuat sesebuah blog. Apa yang harus ada dalam sesebuah blog atau secara lebih mudahnya adalah perkara asas yang patut ada bagi sesebuah blog.
Dalam masa yang sama juga, bab ini turut menceritakan tentang beberapa tips untuk seseorang itu menulis di blog seperti mempunyai topik untuk diceritakan, menggunakan ayat yang mudah , tidak merapu tidak menulis terlalu menjela-jela dan banyak lagi. Memang mudah untuk diguna pakai tips ini.
Dalam buku ini juga turut memberi beberapa tips agar sesuatu blog itu menjadi menarik minat orang yang membaca blog tersebut.
Dalam bab ini banyak menceritakan tentang perihal blog dalam bidang pembelajaran. Hubungkait antara pengunaan media blog dalam pembelajaran sehinggalah kesan positif dan negatif dalam menggunakan blog sebagai sebuah elemen pembelajaran. Dalam bab ini, menerangkan mengenai pembelajaran melalui media teknologi mempunyai kebaikan dan dapat memberi motivasi kepada pembelajaran.
Bagi sudut pembelajaran dengan menggunakan blog, pelajar boleh mencipta penulisan dalam blog mereka sendiri bagi tujuan menyampaikan sesuatu samaada untuk tujuan ilmiah mahupun untuk tujuan santai. Dalam bab ini turut menceritakan bahawa blog juga berperanan sebagai medium untuk menghasilkan karya penulisan mereka sendiri serta mengembangkan kreativiti mereka dengan cara yang tersendiri.
Dalam bab kedua Aspek yang ditekankan adalah perspektif penulis blog terhadap pembelajaran dalam membangunkan sesebuah blog. Dalam bab ini juga turut dinyatakan beberapa jenis penulisan yang telah dipilih oleh pelajar ketika menulis artikel didalam blog. Kajian yang dijalankan terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan perempuan dari kelas bahasa Melayu di Universiti Hankuk, Korea. Pelajar yang dipilih mempunyai pengalaman dalam menulis blog. Mereka telah diberikan soal selidik dan ditemu bual bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap blog. Pendapat tokoh turut dikemukakan iaitu : Menurut Brown & Yule(1983), wacana merujuk kepada analisis bahasa yang berlaku secara semulajadi yang menghubungkan percakapan dan penulisan. Ini menunjukkan bahawa, percakapan mampu mempengaruhi penulisan penulis di blog
Dalam keempat , pula banayk menekankan tentang blog sebagai medium dalam meningkatkan pembelajaran dengan berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan. Buku ini juga turut membincangkan bagaimana pembelajaran berasaskan media merupakan langkah yangt amberkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, ia mempunyai hubungan positif dan negatif kepada penggunaan media dalam pembelajaran. Melalui hubungan positif ia memberi kemudahan kepada proses pembelajaran manakala bagi hubungan yang negatif kadang kala maklumat yang diberikan adalah palsu