Tuesday, August 16, 2011

ramadhan di pinggir jalan.......

 Asalamualaikum semua..... sedar tak sedar dah masuk fasa kedua ramadhan dah,,,, dan hampir menjengah ke fasa terakhir... orang-orang alim biasanye bersedih bila ramadhan berlalu.. mana taknya,,, tahun depan belum tentu kita dapat bertemu dengan ramadhan sekali lagi. bagi aku... ramadahan tahun ni kurang berseri tanpa sahabat baik yang biasanya sentiasa disamping aku..... apa aku boleh buat..... nothing i can do..... rasa sedih jugak bila teman baik tiada di sisi... tapi bukan ini yang aku nak story.... cerita ni tentang pengalaman aku berbuka puasa hanya di pinggir jalan.... mungkin ada antara anda yang rasa ni benda biasa.. tapi bagi aku ada makna disebalik ini semua... ok,, diringkaskan cerita.. pada 2 hari lepas... aku macam biasa.. tolong mak aku berniaga di pinggir jalan.. berniaga juadah berbuka... tapi pada hari tu kebetulan kerta rosak... jadi agak menyukarkan untuk mengangkut barangan..... sampai masa berbuka aku melihat ada satu kenderaan yang telah tersesat jalan dan dia berhenti di tepi gerai aku yakni grai sebelah aku untuk membeli air untuk juadah berbuka... terdetik di hatiku perasaan yang tak dapat diluahkan bagaimana..


                terlintas di fikiran untuk menghulurkan sedikit saki baki juadah jualan yang masih berbaki.. rasa puas kerana dapat berkongsi kegembiraan berbuka bersama... tapi tak berakhir di situ... datang pulak sekumpulan pekerja asing yang datang untuk mencari juadah untuk berbuka dengan hanya berjalan kaki.... rasa terharu melihat semangat mereka yang sanggup bersusah payah demi keluarga mereka yang di rantauan.... dengan adanya sedikit kuih yang ada dan air, kami berbuka puasa bersama.. rasa seronok juga dapat berbuka bersama... tapi bagi anda ini mungkin perkara biasa... tapi hal ini dah banyak mengajar aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada... kita selalu berbelanja mewah setiap kali berkunjung ke bazar ramadan... berbelanja sebanyak mungkin mengikut hawa nafsu... tapi tak semua makanan tu dimakan atau dihabiskan, dan akhirnya dibuang bergitu sahaja...
               masih ramai lagi yang hanya berbuka ala kadar. bukankah itu lebih baik.... cuba kalau kita berbelanja besar dan sedekahkan sedikit kepada jiran-jiran dan sesiapa sahaja... bukankah itu lebih baik???..  sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa mendapat pahala yang besar walaupun hanya dengan sebutir kurma...

0 orang berkata...:

Post a Comment

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts