Sunday, July 31, 2011

NERAKA


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’
Jawabnya:  ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’
Lalu Nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’
Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’
Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’
Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar,
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir,’
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:  ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’
Jawabnya:  ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda:  ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’
Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.’
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai’)

Betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W pada umatnya…cuma kita sahaja yang tak sayangkan baginda…
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Thursday, July 28, 2011

duit kertas baru


    



KUALA LUMPUR 15 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

"Reka bentuk baru wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat," kata BNM dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Siri reka bentuk wang kertas RM50 sedia ada akan terus sah diperlakukan dan diedarkan bersama-sama wang kertas baru RM50 ini sehingga ia dikeluarkan daripada edaran secara berperingkat.

Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan, kata Bank Pusat.

Wang kertas RM50 bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baru ini tidak mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Ciri keselamatan dipertingkat bagi reka bentuk baru wang kertas RM50 termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah yang menggantikan benang keselamatan sedia ada dan tertanam di dalam kertas.

Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan.

Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. - Bernama
duit sekarang                                                                                            duit baru
                           


                    

duit RM20.00yg lame...                                                                                                duit baru RM20.00                      

DUIT RM100.00


wang kertas peringatan tahu 1998 masa sukan komanwel dekat malaysia


tengok design duit baru ni memang lawa.... banyak corak dan motifnya.. duit yang ada sekarang ni mungkin akan lupus sedikit demi sedikit dan akhirnya dah tak digunakan lagi macam duit duit lama yang ada sebelummni.....          

Wednesday, July 27, 2011

Marhaban ya ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

  

Monday, July 18, 2011

sekali lagi..

asalamualaikum semua,,,,,,, harini barang yang aku beli dari internet dah sampai..... barang yang aku beli tu, brang biasa jer....jam g-shock sekali lagi.. msuk ni dah 3 kali aku beli jam g-shock online.. tapi bukan yang original la,,, x termmpu aku ak membeli yang original. macam yang pernah aku tulis aritu. ad yang mencecah 2k harge die,,,, s0 mls nak brcerite panjang, kat bawah ni ade ambar die...
 sebuah REPLIKA G-SHOCK ( GA 110 )  REPLIKA G-SHOCK ( GA100 ) dan REPLIKA G-SHOCK ( BG3000 ). semua nya tu aku beli online dekat facebook.. dekat atas tu ade link nye.... k.........


-
-
-
-
-







                            sM1Le__Is__SadQaH
                                                                              ('';)senyum itu sedekah (''-)

Friday, July 15, 2011

air di bulan??

BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu .Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.

"India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan," kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.

Pada sidang media di sini , beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.


 Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.

"Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia," kata Times of Indiasementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat".

Sebelum ini, para saintis menyatakan bulan pada keseluruhannya adalah kering.
Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$80 juta (RM278 juta) iaitu kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan untuk misi yang sama oleh negara lain.

Perbelanjaan itu menunjukkan India berjaya menggunakan kos yang murah untuk misi tersebut.
Kejayaan Chandrayaan-1 itu mendorong India pada Rabu lalu melancarkan tujuh lagi satelit baru, enam daripadanya milik negara luar dalam satu misi penerbangan ke angkasa.

India memulakan program angkasa sejak 1963 dengan membangunkan satelit sendiri dan menghasilkan pelancar untuk mengurangkan kebergantungan kepada agensi angkasa asing. - AFP


Kalau korang masih tak percaya ,korang boleh tengok video di bawah ni ye..:)


Sumber : alamcyber

INFO PENTING BAGI

Home » penting , rEMaJA » [ Kisah Benar ] Pengakuan Bekas Paderi Kristian
[ Kisah Benar ] Pengakuan Bekas Paderi Kristian
Diambil Dari Facebook




Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.


Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup 2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA 'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......maha suci Allah.

Thursday, July 14, 2011

Aku Tak Bodoh 2010 [Full Movie]



cerita ini mengisahkan tentang  3 orang individu iaitu jefri,Roy dan Sudin dimana kehidupan mereka bergitu dikongkong oleh kedua ibu bapa mereka.. Roy dan jefri adalah adik beradik yang berasal daripada keluarga yang berada.Manakala sudin pula berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan... walaubagaimanapun perbezaan taraf hidup tidak membataskan sudin dan roy untuk menjadi kawan baik.. keakraban mereka telah menimbulkan rasa tidak senang oleh kedua ibu-bapa roy.. mereka menganggap bahawa sudin bukanlah kawan yang baik.. namun bagi roy, sudin adalah kawan yang terbaik..bagi roy, sudin lebih memahaminya berbanding kedua ibu bapanya....
    tapi,,aku rasa korang pu dah tengok cerita ni,,, jadi xperlulah aku nak hurai panjang2

Sunday, July 10, 2011

faceblog

 hari ni aku dah join faceblog. tapi aku masih xtau ape itu faceblog... tapi brdasarkan pnerangan dia kate bagi mewujudkan komuniti blogger..... so... aku rse anda patut join skli.... klik jer kat gadget faceblog warne hijau 2................bagi aku bagus gak la faceblog ni, sebab semua member blogger boleh berkumpul sama2

Wednesday, July 6, 2011

aku bosan

     telah 6 bulan aku berblogging tapi aku masih taktau tujuan dan motif aku berblogging.. ade orang kata blogging ni menguntungkan tapi bagi aku yang masih belajar dalam bidang ini amat sukar.. tersangat2 sukar... banyak lagi yang aku perlu belajar dengan merka yang lebih senior dalam bidang ni. tapi pada siapa harus aku mintak tunjuk ajar?????  aku tengok blog orang lain walaupun baru beberapa bulan diorang start tapi follower dah beratus.. mungkin diorang rajin update blog diorang... tak macam aku yang hanya berblog sewaktu ada waktu lapang jer.... permasalahannya adalah aku buntu dan taktau apayang harus aku buat dengan blog ni...aku taktau benda artikel ape yang harus aku tulis...... warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, July 2, 2011

KOmputer?

     PC/LAPTOP/I-PAD/NOTEBOOK....... RAMAI yang tau guna tapi tak tau asal usulnya.mungkin ada yang tau asal-usulnya,, tapi aku yakin ramai yang masih tak tau asal usul menatang ni.. OKlah,,,, hari ni aku nak share pasal asal usul menatang yang dinamakan komputer ini...
     Komputer merupakan satu mesin yang menerima data (input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dan lain-lain (output).

Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer.


Generasi Pertama-Tiub Hampagas(vacuum tube)
( 1942 - 1958 )


1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).

2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.

3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.

4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.



5. nama komputer pada masa tu adalah UNIVAC(UNIVersal Automatic Komputer 1) dan dihasilkan oleh john mauchly dan J presper eckert..


6.komputer pada masa tu sangat besar saiznya dan ada setereng,,, bukan setereng kerete   k,,,,,,




    * akan menyusul komputer generasi kedua pulak....




                                                                       sM1Le__Is__SadQaH
                                                                   ('';)senyum itu sedekah (''-)

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts