Friday, September 30, 2011

stesen bas segamat terbakar

asalamualaikum semua.... aku telah kembali berbloging,,, so today ada berita terhangat yang yang sangat panas untuk dikongsikan.....

hari ni,,, aku sekolah macam biasa dan ada jamuan hari raya dekat sekolah, walaupun raya dah habis, tap masih mengadakan sambutan hari raya... tapi bukan tu yang aku nak kongsikan,,, korang pernah tak menjejakkan kaki ke segamat, iaitu sebuah daerah di negeri johor?? ok bandar segamat,( bukan bandar sebenarnya pun, pekan jer) segamat ni baru nak membangun sebenarnya dan dalam proses membina sebuah mega mall yang dipanggil one segamat, one segamat ni betul-betul terletak bersebelahan stesen bas sgamat yang dipanggil bazzar terminal atau lebih dikenali sebagai terminal bas dan teksi segamat..dan hari ni  ada kejadian yang tak dingini telah berlaku dan terminal bas ni telah terbakar di bahagian tingkat atas... dan dah terbakar tu, segala, operasinya tergandala, so tingkat atas tu ada pelbagai gerai, terutamanya gerai makan peniaga kecil.. so, aku agak besar jugak kerugian yang dialami oleh peniaga tersebut,, dan  mungkin mencecah puluhan ribu ringgit...

     terminal ni baru jer nak membangun,, tapi dah jadi macam ni,,, tergendala la aktivitinya,,,,, tapi aku harap takde manalah teruknya,

    so, malas aku nak cerita panjang-panjang,,, korang bukak tv dan akan keluar berita,,,, kejadian tu berlaku hari ni.... dan ni gambar yang aku dapat .












gambar ni aku ambik dari facebook member aku,,, tapi tak ingat sape..... so kredit kepada beliau kalau beliau jumpa.....

Tuesday, September 20, 2011

Aslamualaikum semua,,, lama jugak aku tak update blog ni,,, orang semua apa khabar? aku tak update blog ni sebab busy sangat-sngat,,,,lagipun sebenarnya, aku berblog ni untuk masa lapang jer,,, sebabnya, aku tak pandai nak bercerita walaupun aku ada banyak cerita dan penggalaman... aku pun tk tau la..... aku menulis hanya ketika akuterasa i gin berkongsi,,, lagi pun sape la yang nak lawat blog aku ni kan,,,,, so aku rasa  dah takde apa dah kot aku nak merapu ni,,,, sekian,,,




smile_is_sadaqah jangan lokek memberi senyuman

Thursday, September 15, 2011

hari merdeka? patutkah disambut?

          asalamualaikum semua,,, esok 16 september, seperti kita sedia maklum esok akan diadakan sambutan hari kemerdekaan dan hari malaysia secara serentak,,, tapi persoalan nya, wajarkah kita sambut hari merdeka ni disambut bagi memperingati jasa para pejuang negara yang telah banyak berjasa,,,,  OK,,  tapi mungkin korang susah nak percaya dengan cerita aku kali ni,,,, sebelumtu, apa pengertian merdeka bagi korang semua?   siapakah yang bagi kemerdekaan kepada negara kita? siapakah pencipta bendera malaysia? dan siapakah tokoh kemerdekaan yang korang kenal?? tapi sebelum tu, aku nak bagitau yang cerita aku kali ni takde kena mengena dengan politik OK...

            korang tau kan, yang negara kita telah dijajah/dinaung oleh british sewaktu ketika dahulu dan sesiapa sahaja yang cuba menentang dan melawan british ni akan dilabelkan sebagai pegganas atau pemberontak.. betul tak?? hal ini lah yang terjadi kepada tok janggut, dato' bahaman, rentap, mat kilau dan ramai lagi.. setelah british menjajah/menaung, maka mereka telah dirikan pelbagai angkatan bagi memperkuatkan lagi benteng mereka di tanah melayu... jadi mereka dirikan jabatan polis, tentera, penasihat raja dan sebagainya,, tapi yang menyertai pasukan polis pula adalah kebanyakannya orang melayu,, jadi apa maknanya? orang melayu sertai british? (balai polis di bukit kepong tu pun british yang buat) maka tertubuhlah pasukan bagi menentang british ni... jadi diorang pun serang balai polis bukit kepong sebagai tanda memberotak kepada british.. pada waktu tu, bendera british yang terpacak gah di balai polis bukit kepong dn bukannya bendera tanah melayu..

        jadi pasukan komunis yang diketuai oleh mat indera datang menyerang balai polis terbabit.. tujuan mat indera menyerang adalah kerana dikatakan pada malam tersebut, paukan polis bukit kepong tu, ada yang mabuk, minum arak, dan berjudi,, kerana pada malam tersebut adalah malam tahun baru cina. jadi mat indera ingin menangkap mereka.. tapi pengikut mat indera ada yang membelot dan melakukan keganasan luar biasa terhadap pasukan polis.. ada yang membunuh,membkar dan menyeksa,...



          JADI APAPENDAPAT ANDA SEMUA?KORANG PILIH POLIS YANG DITUBUHKAN OLEH PENJAJAH ATAU KOMUNIS YANG INGIN MENGHAPUSKAN PENJAJAH????

       
       tapi bagi aku, tindakan mat indera adalah betul kerana ingin membebaskan negara daripada penjajah british cuma caranya yang salah....


smile_is_sadaqah jangan lokek memberi senyuman

Friday, September 9, 2011

cara mendapatkankan GOLDEN EGGS dalam angry birds

 asalamualaikum semua,,,, hari ni aku nak share sesuatu yang mungkin menarik hati korang semua.... ok.... korang mesti pernah main game angry bird,, kan,,,, dalam game tu ada beberapa evel yang agak mencabar kan,,,,, tapi dalam level tu pun ada jugak kita boleh dapatkan telur emas atau dalam bahasa mudahnya '' GOLDEN EGG'' pernah tak korang terfikir macammana nak dapatkan telur emas terbabit... mungkin ada yang dah tau,,, tapi ni adalah bagi mereka yang belum tau.. muahjer,,, kesemuanya ada 24biji telur emas yang boleh kita dapat....  OK,,, diringkaskan cerita

1.Golden Egg Level #1
TELUR EMAS 1.
CARA nya mudah jer,,,, korang kena,,,,,, korang kena pause dulu mana-mana level. dan korang kena tekan yang tanda soal tu,,, dan tekan jer next dan next.. kemudian korang akan jumpa la yang burung putih yang macam ayam tuh.... bawah burung tu ada telur emas dan korang klik jer la telur tu..... TAPI.. makesure korang dah unlock burung putih tu.....

settle......


Golden Egg Level #2
2.
TELUR EMAS 2.


Yang ini pun agak mudah sebenanya... caranya korang kena speed kan burung yang berwarna kuning dan halakan setinggi mungkin... dan korang akan nampak ada telur emas dekat belah atas dan korang cubalah sedaya mungkin dan dapatkannya.....



3.Golden Egg Level #3
TELUR EMAS 3.


yang ini paling mudah... dalam level 2-2 korang ada nampak bola dekat tempat b*b* tu kan,,,, caranya adalah dengan memusnahkan bola terbabit.....  mudah,,,,,


4.Golden Egg Level #4
TELUR EMAS 4.
yang ni agak susah sebab korang kena dapatkan 3 bintang dalam semua level dalam level  poached eggs
(yANg ni aku belum dapat)



5.Golden Egg Level #5
TELUR EMAS 5.
 untuk mendapatkan telur emas yang ni,,,, first,,,, dekat main page dia,,, korang teakan 'i' dan tengok credit sampai habis dan akan ada telur emas dekat last sekali... kemudian korang klik jer....



6.Golden Egg Level #6
TELUR EMAS 6.


untuk mendapatkannya mudah,,, tapi caranya agak susah,,, (tak susah mana pun)  dalam level 1-8, korang akan nampak ada satu peti harta yang tersorok.... caranya korang tekan CAPS LOCK dan klik peti tu ketepi (tapi pastikan klik terus menerus) dan tekan O.P.E.N



7.Golden Egg Level #7
TELUR EMAS 7.


caranya agak susah sebab korang kena dapatkan 3 bintang dalam semua level Mighty Hoax..
(yang ni aku belum dapat)




8.

smile_is_sadaqah jangan lokek memberi senyuman

Thursday, September 8, 2011

Sunday, September 4, 2011

nothing i can say,,,,,,,

     Asalamualaikum,,,, dan salam sejahtera..... dah seminggu raya,,, tapi aku tak dapat merasakan keseronokan beraya,,, bukan sebab suasana,,, bagi aku, suasana dah OK,,, tapi aku masih tak dapat merasakan keseronokannya,,, mungkin sebab aku sendiri yang dah meningkat dewasa dan menanggap hari raya seperti hari biasa jer,,, mungkin ya,,, sebab semakin aku meningkat dewasa, semakin pudar semangat nak sambut  hari raya,,, tapi bagi orang lain aku tengok ramai yang bersemangat nak sambut raya.... diorang nak cepat raya tu datang sampai tak sabar-sabar nak sambut raya,,, tapi diorang nak benda tu cepat sampai tak sabar-sabar,,, jadi cepat jugak ia pergi meninggalkan kita.....

       mungkin juga aku takda semangat nak sambut raya macam orang lain sebab aku masih teringat-ingat arwah 2 orang sahabat sekelas aku yang aku anggap rapat dengan mereka... rasa sedih bila teringatkan mereka.... mungkin korang pernah dengar nama MOHD FIRDAUS SAHARUDDIN,, seorang pelajar cemerlang yang mengalami penyakit barah tulang hingga kaki kanan nya terpaksa dipotong.... bagi aku beliau lah inspirasi aku untuk menjadi lebih bersyukur,,,,seorang lagi sahabat aku yang paling rapat dengan aku yang juga sekelas dengan aku, MOHD ADHARUDIN BIN SUDIR,, beliau meninggal hanya kira-kira 2 jam selepas kami berjumpa,, iaitu selepas kami study sama-sama hingga jam 12malam,,, tapi pukul 2 pagi aku dengar berita tentang pemergiannya.. suka untuk aku percaya.. kalu korang ada simpan surat khabar lama,,, ccuba korang tengok surat khabar kosmo bertarikh 22jun 2011 muka surat 14 korang akan jumpa petikan kecil bertajuk ''Pelajar maut langgar babi hutan melintas'' itulah sahabat aku,, tapi menurut aku,, fakta tu tak boleh dipercayai keseluruhannya....


 aku pasti, korang mesti belum tahu siapa aku sebenarnya kan... untuk pengetahuan korang,,, aku adalah seorang insan yang kurang sempurna, sebab aku ditakdirkan sebegini,,, kaki kanan aku patah semenjak dari lahir lagi... sebab tu lah beliau menjadi inspirasi aku...


       bergitulah caranya hendak bersyukur,,,, kalau kita ada kereta,, kita bersyukur apabila melihat mereka yang hanya naik moto.. bila kita ada moto,,,kita bersyukur apabila tengok orang yang hanya naik basikal... bagi mereka yang naik basikal pula, bersyukur apabila melihat mereka yang hanya berjalan kaki.. bagi yang berjalan kaki, masih bersyukur apabila melihat orang yang tidak berkasut,, yang tidak berkasut, bersyukurlah sebab masih ada kaki dan mampu berjalan,,, dan bagi yang berkaki masih mampu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup....

      mungkin ada antara korang yang berasa janggal atau mungkin memandang serong terhadap insan seperti aku,,, tapi aku tak salahkan korang,,, itu memang hak peribadi korang,,, memang mudah untuk korang berkata atau memandang serong terhadap insan ini,,, tapi korang kena ingat,,, HIDUP INI UMPAMA RODA,,, KADANG-KADANG KITA DIATAS,,, DAN BILA-BILA MASA SAHAJA KITA BOLEH BERADA DIBAWAH... tapi cuba bayangkan kalau korang berada di tempat aku dan korang dicaci, macamamana perasaan korang?.. aku sendiri pernah dicaci tapi aku anggap ia hanya dugaan.. kerana ALLAH ITU MAHA ADIL..
 

smile_is_sadaqah jangan lokek memberi senyuman

Friday, September 2, 2011

blog ku cantik

aslamualaikum semua,,,, hari ni dah masuk hari raya yang ke-4,, kemeriahan syawal masih dapat dirasakan,, betul tak??? masih ramai lagi yang masih dalam mood raya,,, kira bagus lah macam tu,,, kunjung mengunjungi antara satu sama lain, bermaaf-maafan antara satu sama lain dan lupakan sengketa atau kesalahfahaman,,, hari ni aku buka fb dan ada sorang member blogger antar event untuk join contest yang bertajuk blog ku cantik,, pada pandangan anda semua,,, cantik tak blog ni?? bagi aku tak cantik mana,,, yela,,, paku un baru nak belaja berblogging dalam dunia maya ni,,, tak seberapa pun sebenarnya...tapi semuanya aku buat sendiri,,, layout,,, header,,, tu semua hasil aku sendiri...

     sebenarnya dah berapa kali aku tukar templat ni,,, tapi kesemuanya tak memuaskan hati,,, templat ni jugak yang memuaskan hati... so,,, klau ada undi-undi tu,,, aku tak mengharapkan sangat pun orang mengundi,,, jauh sekali untuk memaksa orang undi,,,,  so,,, thats all for today,,, sebenarnya aku bukannya pandai becerita nak buat artikel panjang-panjang ni,,,,

sekian .




smile_is_sadaqah jangan lokek memberi senyuman

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts