Sunday, September 4, 2011

nothing i can say,,,,,,,

     Asalamualaikum,,,, dan salam sejahtera..... dah seminggu raya,,, tapi aku tak dapat merasakan keseronokan beraya,,, bukan sebab suasana,,, bagi aku, suasana dah OK,,, tapi aku masih tak dapat merasakan keseronokannya,,, mungkin sebab aku sendiri yang dah meningkat dewasa dan menanggap hari raya seperti hari biasa jer,,, mungkin ya,,, sebab semakin aku meningkat dewasa, semakin pudar semangat nak sambut  hari raya,,, tapi bagi orang lain aku tengok ramai yang bersemangat nak sambut raya.... diorang nak cepat raya tu datang sampai tak sabar-sabar nak sambut raya,,, tapi diorang nak benda tu cepat sampai tak sabar-sabar,,, jadi cepat jugak ia pergi meninggalkan kita.....

       mungkin juga aku takda semangat nak sambut raya macam orang lain sebab aku masih teringat-ingat arwah 2 orang sahabat sekelas aku yang aku anggap rapat dengan mereka... rasa sedih bila teringatkan mereka.... mungkin korang pernah dengar nama MOHD FIRDAUS SAHARUDDIN,, seorang pelajar cemerlang yang mengalami penyakit barah tulang hingga kaki kanan nya terpaksa dipotong.... bagi aku beliau lah inspirasi aku untuk menjadi lebih bersyukur,,,,seorang lagi sahabat aku yang paling rapat dengan aku yang juga sekelas dengan aku, MOHD ADHARUDIN BIN SUDIR,, beliau meninggal hanya kira-kira 2 jam selepas kami berjumpa,, iaitu selepas kami study sama-sama hingga jam 12malam,,, tapi pukul 2 pagi aku dengar berita tentang pemergiannya.. suka untuk aku percaya.. kalu korang ada simpan surat khabar lama,,, ccuba korang tengok surat khabar kosmo bertarikh 22jun 2011 muka surat 14 korang akan jumpa petikan kecil bertajuk ''Pelajar maut langgar babi hutan melintas'' itulah sahabat aku,, tapi menurut aku,, fakta tu tak boleh dipercayai keseluruhannya....


 aku pasti, korang mesti belum tahu siapa aku sebenarnya kan... untuk pengetahuan korang,,, aku adalah seorang insan yang kurang sempurna, sebab aku ditakdirkan sebegini,,, kaki kanan aku patah semenjak dari lahir lagi... sebab tu lah beliau menjadi inspirasi aku...


       bergitulah caranya hendak bersyukur,,,, kalau kita ada kereta,, kita bersyukur apabila melihat mereka yang hanya naik moto.. bila kita ada moto,,,kita bersyukur apabila tengok orang yang hanya naik basikal... bagi mereka yang naik basikal pula, bersyukur apabila melihat mereka yang hanya berjalan kaki.. bagi yang berjalan kaki, masih bersyukur apabila melihat orang yang tidak berkasut,, yang tidak berkasut, bersyukurlah sebab masih ada kaki dan mampu berjalan,,, dan bagi yang berkaki masih mampu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup....

      mungkin ada antara korang yang berasa janggal atau mungkin memandang serong terhadap insan seperti aku,,, tapi aku tak salahkan korang,,, itu memang hak peribadi korang,,, memang mudah untuk korang berkata atau memandang serong terhadap insan ini,,, tapi korang kena ingat,,, HIDUP INI UMPAMA RODA,,, KADANG-KADANG KITA DIATAS,,, DAN BILA-BILA MASA SAHAJA KITA BOLEH BERADA DIBAWAH... tapi cuba bayangkan kalau korang berada di tempat aku dan korang dicaci, macamamana perasaan korang?.. aku sendiri pernah dicaci tapi aku anggap ia hanya dugaan.. kerana ALLAH ITU MAHA ADIL..
 

smile_is_sadaqah jangan lokek memberi senyuman

0 orang berkata...:

Post a Comment

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts