Friday, July 15, 2011

air di bulan??

BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu .Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.

"India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan," kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.

Pada sidang media di sini , beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.


 Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.

"Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia," kata Times of Indiasementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat".

Sebelum ini, para saintis menyatakan bulan pada keseluruhannya adalah kering.
Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$80 juta (RM278 juta) iaitu kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan untuk misi yang sama oleh negara lain.

Perbelanjaan itu menunjukkan India berjaya menggunakan kos yang murah untuk misi tersebut.
Kejayaan Chandrayaan-1 itu mendorong India pada Rabu lalu melancarkan tujuh lagi satelit baru, enam daripadanya milik negara luar dalam satu misi penerbangan ke angkasa.

India memulakan program angkasa sejak 1963 dengan membangunkan satelit sendiri dan menghasilkan pelancar untuk mengurangkan kebergantungan kepada agensi angkasa asing. - AFP


Kalau korang masih tak percaya ,korang boleh tengok video di bawah ni ye..:)


Sumber : alamcyber

Related Posts:

  • google imej.........hari ni 16 jun 2011 google tukar lagi  imej dia,,,,,,, cantik gak la pasal bulan tapi ni bukan first time die tukar sblum ni byak kali dah die t… Read More
  • Suatu Ketika,,,,, (2006-2010)Asalamualaikum salam 1Malaysia,,,,,, hari ni aku nak share pasal kerinduan aku terhadap sekolah lama aku yang aku terpaksa meninggalkannya pada tahu… Read More
  • Aku Nak Mati ! Assalammualaikum... Penah dengar orang meminta-minta untuk mati? Huh...!Dosa tuh!Kalau seseorang tu tidak meminta-minta untuk mati, dia akan membunuh… Read More
  • rubiks cubeAssalamualaikumPernah main tak rubiks cube ? ape itu rubiks cube ? sapa yang cipta menatang tuh ?Rubiks cube ini merupakan permain… Read More
  • form6??T ade ape dgn form6????? rmai yg kte susah,,,,,,,, tp ade gak g kte mudah,,,,,,,,,,,, tp bg ak,, mmg susah, mne taknye,, sbab form6 ade STPM,,, STPM… Read More

0 orang berkata...:

Post a Comment

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts