Wednesday, August 3, 2011

Cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (yakni seorang sahabat kepada Rasulullah S.A.W)

PERTAMA.. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya kerana dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kesusahan, atau kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan..

KEDUA.. pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk menolongnya, dia menerimnya dengan rasa terharu, jika dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu dia sukam menyebutnya..

KETIGA.. pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan bantuan, ia suka dan menganggapnya sangat berguna.dan jika dia tahu keburukanmu, dia suka menutupinya(merahsiakannya)

KEEMPAT.. pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberinya., jikalau engkau diam, dia mula menyapamu terlebih dulu dan jika ada sesuatu kesedihan menimpa kamu. dia sedia membantu dan meringankan kesedihan itu..

KELIMA.. sahabat yang jikalau engkau berkat, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja,, Jikalau engkau mengemukakan sesuatu soalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

5 comments:

  1. zaman sekarang, susah untk nak memilih sahabat seperti itu...ibarat 10 dlm 1000..kita pun perlu tnya dlm diri, mampukan kita jadi seperti tu...

    ReplyDelete
  2. sukar untuk mencari sahabat yang membantu menutup keburukan kita. hmm...

    semoga kita dapat menjadi sahabat yang baik untuk orang lain. :)

    ReplyDelete
  3. bersahabat biarlah sepanjang usia:)

    ReplyDelete
  4. nice blog n info about sahabat :)

    ill follow

    ReplyDelete
  5. btul 2,,, sahabat yg ketawa mudah dicari... shabat yang menangis sukar dicari.....

    ReplyDelete

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts