Tuesday, August 9, 2011

lubang-lubang besar di dunia

 1. GREAT BLUE HOLE BELLIZE.

          The great blue hole adalah lubang pembuangan air yang besar dekat luar pantai Belize (negara Amerika tengah). lubang ni sebenarnya dibentuk sebagai sisitem gua batu kapur selama zaman ais terakhir ketika paras laut jauh lebih rendah,Terdapat banyak lubang biru didunia tapi tak dapat menandingi kehebatan lubang yang ni. dan telah menjadi tapak warisan dunia United Nation Educational ,Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
  

   2.KIMBERTLEY BIG HOLE SOUTH AFRICA 
      bermula sebagai sebuah bandar iaitu New Rush dan diganti namanya kepada kimberly pada 5jun 1873. Lubang sedalam 1097 meter ni terjadi akibat manusia sendiri yang gali dan telah menghasilkan lebih 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. ada tiga sisa lubang hasil daripada lubang ni iaitu TOITSPAN DU,, Wesselton, dan Bultfontein yang juga telah ditutup pada 2005.

  

     3.BINGHAM MINE UTAH.
        dikenali juga sebagai kennecott Copper Mine dimiliki oleh Rio Tinto Group, iaitu sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di UK. aktivitinya telah beroperasi sejak 1863 dan sehingga hari ini telah menyebabkan sebuah yang seluas kira-kira 1.900 HEKTAR (7.7 KM) lubang ni diakui sebagai lubang buatan manusia yang terbesar didunia, dan telah diakui oleh National Historic Landmark pada tahun 1966 di bawah nama bingham canyon open pit copper mine..

   4.SINKHOLE IN GUATEMALA
Pada 23 februari 2007, lubang yang sdalam 330 kaki ini telah terbetuk dan telah menelan 12 biji rumah dan 3 kematian. Lubang ini telah enghasilkan bau yang busuk.. malah pihak berkuasa telah menyalahkan lubang pembuangan di aliran kumbahan bawah tanah pecah..
  

5.GLORY HOLE MONTICELLO DAM, CALIFORNIA
Terletak di monticello dam di tasik berryessa, di california utara,, lubang ini berfungsi sebagai injap tasik.Empangan dan injap ini dibina antara tahun 1953 dan 1957 dan mamapu menelan  48,400 kaki padu air dalam masa sesaat.asalnya adalah saluran konkrit gergasi...
 

6.SARISARIANAMA PLATEAU.
pertama kali dilihat dan dijelajahi pada tahun 1974. terletak di jaua-sarisariOama sebuah taman negara di venezuela, dan dikatakan masih menjadi misteri geologi.
 

7.DIAVIK MINE, CANADA
Merupakan lombong berlian di daerah utara kanada. dan telah menjadi bahagian penting untuk ekonomi daerah hingga mampu menggaji 700 pekerja dengan menghasilkan 8juta karat berlian (1600kg) setiap tahun.tapak ini dimiliki oleh harry winston diamond coporation dan diavik diamond mines inc. dan dianggarkan telah beropersi selama 16-22 tahun.
  

8.MIRNY DIAMOND MINE SIBERIA..
Lubang buatan manusia yang kedua terbesar didunia ini sebenarnya adalah lombong berlian juga yang terletak di pinggir mirny, isitu bandar kecil di siberia , dengan kedalaman 525 meter(1.720 kaki) dan mmpunyai diameter 1200 meter dan lalauan udara di atas lubang ni ditutup bagi helikopter melintas kerana aliran udara yang boleh menyebabkan ianya disedut oleh aliran udara kebawah..
  

9.DARVAZA GAS CRATER TRKMENISTAN
   darvaza adalah tempat yang kaya dengan gas asli. pada tahun 1971, seorang ahli geologi secara tidak sengaja telah menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas asli. tetapi telah berlaku runtuhan dan menyebabkan lubang ini terbentuk dengan diameter 50-100 meter+.untuk mengelakkan gas beracun tersebut daripada terbebas maka telah diambil keputusan untuk membakar lubang terebut dan ahli geologi berharap api akan keluar dalam masa beberapa hari sahaja, tetapi masih menyala hingga ke hari ini dan ada yang percaya ia adalah pintu ke neraka,,(korang jangan percaya jugak,,, ni ideologi barat jer)....
  ..


cuba bayangkan kalau korang tejatuh dalam lubang-lubang ni macammana???
   


2 comments:

  1. huu 1st time tngok ney..ade yg semulajadi ngn buatan manusia..nice

    ReplyDelete
  2. thanks,,,, camne la org gali bole besar mcam tu...

    ReplyDelete

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts