Thursday, July 28, 2011

duit kertas baru


    



KUALA LUMPUR 15 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

"Reka bentuk baru wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat," kata BNM dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Siri reka bentuk wang kertas RM50 sedia ada akan terus sah diperlakukan dan diedarkan bersama-sama wang kertas baru RM50 ini sehingga ia dikeluarkan daripada edaran secara berperingkat.

Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan, kata Bank Pusat.

Wang kertas RM50 bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baru ini tidak mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Ciri keselamatan dipertingkat bagi reka bentuk baru wang kertas RM50 termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah yang menggantikan benang keselamatan sedia ada dan tertanam di dalam kertas.

Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan.

Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. - Bernama
duit sekarang                                                                                            duit baru
                           


                    

duit RM20.00yg lame...                                                                                                duit baru RM20.00                      

DUIT RM100.00


wang kertas peringatan tahu 1998 masa sukan komanwel dekat malaysia


tengok design duit baru ni memang lawa.... banyak corak dan motifnya.. duit yang ada sekarang ni mungkin akan lupus sedikit demi sedikit dan akhirnya dah tak digunakan lagi macam duit duit lama yang ada sebelummni.....          

3 comments:

  1. dapat selai yg lama pun jadi la utk raya ni. amacam? haha~

    ReplyDelete
  2. hehehe best tu klu dpat.. leh simpat wat harta.. nnt yg baru kluar org pakat smpan yg lme...

    ReplyDelete
  3. lawak ar duit mlaysia skang ni....tpi xpe...yg penting duit tu dpt pkai wt bli hp...

    ReplyDelete

Followers

churp churp

nuffnang ads



Popular Posts